Sumber : Sinar Harian
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan tata sebagai peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem (Pusat Rujukan Persuratan Melayu@PRPM, 2017). Imbuhan ini berfungsi bagi menghasilkan kata nama yang perlu dieja dengan rapat, contohnya tatasusila. Pada tangkap layar media elektronik yang diperoleh melalui laman sesawang Sinar Harian, kesalahan imbuhan telah ditemui pada perkataan ‘tata tertib’ yang dieja secara jarak. Imbuhan tata- yang membentuk kata nama mestilah dieja secara rapat. Oleh itu, ejaan yang tepat ialah ‘tatatertib’.
2. Imbuhan awalan pra-
Sumber : Facebook Sumber : Sinar Harian
Sumber : Perkhidmatan Awam Malaysia : Ke arah kecekapan dan kebersanan (Pembaharuan dan Kemajuan Perkhidmatan Awam Malaysia 1995 )
Awalan pra- dalam imbuhan Sanskrit membawa maksud sebelum bagi perkara yang mengikuti selepasnya. Perkataan dengan awalan pra- akan menerbitkan kata nama misalnya prasejarah. Kesalahan imbuhan pra- telah dikenalpasti melalui sumber media elektronik yang dicapai daripada laman sesawang Sinar Harian dan juga aplikasi Facebook. Tangkap layar pertama menunjukkan kesalahan pada perkataan ‘pra sekolah’ yang sewajarnya dieja tanpa jarak iaitu ‘prasekolah’. Manakala, bagi tangkap layar kedua pula menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan pra- pada perkataan ‘pra-universiti’. Penggunaan sempang pada imbuhan awalan pra- adalah tidak tepat kerana melibatkan kata nama. Oleh itu, ‘prauniversiti’ merupakan ejaan yang betul. Seterusnya, sumber daripada media cetak pula menunjukkan kesalahan imbuhan awalan pra- bagi perkataan 'pra-syarat' dan 'pra-perkhidmatan'. Ejaan yang ditunjukkan adalah tidak tepat kerana kedua-duanya merupakan kata nama. Oleh yang demikian, ejaan yang betul ialah 'prasyarat' dan 'praperkhidmatan'.
Sumber : Ensiklopedia Pancaindera Manusia
Imbuhan awalan panca- merupakan definisi bagi
bilangan iaitu lima (Nik
Safiah Karim et al., 2015). Selain
awalan panca-, terdapat awalan lain yang merujuk kepada bilangan seperti awalan
eka- iaitu satu, awalan dwi- iaitu dua dan awalan tri- iaitu tiga. Imbuhan ini
perlu dieja dengan rapat tanpa jarak. Contoh yang ditemui pada media cetak di
atas merupakan kesalahan yang berlaku pada penggunaan imbuhan panca- iaitu ‘panca
indera’. Oleh itu, ejaan yang betul ialah ‘pancaindera’.
Sumber : Utusan Malaysia
Jika pra- membawa maksud sebelum, maka
pasca-pula didefinisikan sebagai selepas, mahupun sesudah. Konsepnya adalah
sama dengan imbuhan awalan yang lain yang perlu dieja dengan rapat. Tangkap
layar di atas merupakan contoh kesalahan yang ditemui pada media elektronik
menerusi laman sesawang Utusan Malaysia dengan kesalahan pada perkataan ‘pasca
merdeka’. Oleh yang demikian, ejaan yang tepat bagi perkataan tersebut ialah ‘pascamerdeka’.
.gif)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan